Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) mahu sektor ekonomi berpendapatan tinggi turut disertai usahawan muda di Sarawak melalui mekanimse modal teroka atau Venture Capital.<br /><br />Presidennya, Datuk Abang Helmi Tan Sri Ikhwan berkata, secara teknikal, golongan muda sukar untuk membuat pinjaman perniagaan tanpa sebarang cagaran harta.